PERISTIWA PENTING BULAN RABIUL-AWAL
Ada banyak peristiwa penting yang telah
dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun
Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan
diantaranya ialah :
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad
Rasulullah s.a.w. Mengikut sumber-sumber
mengatakan bahawa nabi s.a.w lahir pada 12
Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April
571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan
menjadi amalan umat Islam di Dunia mengadakan
sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di
setiap tahun sehinggalah sekarang.
2. Perlantikan Nabi s.a.w menjadi Rasul. Di bulan
Rabiulawal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi
Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun.
Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara
rasmi di Makkah Al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya
Rasulullah s.a.w di Madinah al-Munawwarah pada
ketika itu di sebut Yathrib. Rasulullah s.a.w
sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan
Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat
12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat
Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah
terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w diantara
tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara
peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah
peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi
Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal
dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad
Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah wafat pada hari
Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.
Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan
dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
6. Syaidina Abu Bakar r.a menjadi khalifah pada
hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu
menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan
segera membai'ah Syaidina Abu Bakar r.a di
Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan
pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau
seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan.
Sebahagian sahabat pula menguruskan
pengkebumian jenazah Rasulullah s.a.w yang
diketuai oleh Syaidina Ali r.a merupakan Ahli Bait
Rasulullah s.a.w.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin
oleh Khalid Ibni Walid r.a telah memasuki Iraq dan
bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di
zaman Syaidina Abu Bakar r.a.
8. Pembukaan Baitul-Muqaddis oleh Salahuddin Al-
Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan
tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi
pembukaan Baitul-Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah
ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang
dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun
897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat
bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid
ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi
suara azan di negara tersebut.
28.9.10
9/28/2010 01:54:00 PM
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar